Friday, October 16, 2009

PAKAIAN TRADISIONAL JOHOR


Baju Teluk Belanga

Baju ini mula di perkenalkan di Teluk Belanga, Singapura dan tersebar luas sebagai ciri khas Johor khususnya pada abad ke-19. Ia juga dikatakan sejenis pakaian lelaki yang dikatakan telah direka oleh Sultan Abu Bakar pada tahun 1866 untuk meraikan perpindahan ibu negeri Johor dari Teluk Belanga di Singapura ke Johor Bahru. Walau bagaimanapun istilah ini akhirnya menjadi ciri khas masyarakat Melayu hingga disebut selengkapnya ‘Baju Melayu’.

PAKAIAN TRADISIONAL JOHOR


BAJU BELAH KEBAYA PANJANG


Walaupun wanita Johor terkenal dengan baju kurung, tetapi dalam acara majlis, mereka muncul juga dengan memakai kebaya, sebagai warisan daripada Kerajaan Johor-Riau.

Pola baju belah panjang ini masih bersifat ‘mengurungkan’ anggota badan. Secara tradisi potongannya labuh sehingga buku lali. Cuma bezanya ia berbelah dan berpesak di hadapan baju ini, umumnya dipakai sebagai pakaian di luar rumah atau upacara rasmi. Baju belah panjang ini terkenal di Melaka, Perak, Selangor dan Kedah-Perlis. Baju kurung belah ini kemudiannya dikenali sebagai ‘baju panjang’ dan ‘kebaya panjang’. Tradisi ini berkembang menjadi kebaya dan bertangan panjang berpesak lurus di hadapan, berkekek dan berbelah dada yang ditutup dengan kancing atau kerongsang tiga.

Thursday, October 15, 2009

PAKAIAN RASMI WANITA MELAYU


Pakaian Rasmi Wanita Melayu

Gambar di tepi ini merupakan sejenis pakaian rasmi wanita Melayu dalam tahun 1930an iaitu berkain sarung tenun, berbaju kebaya panjang dan berselendang

BAJU TRADISIONAL ORANG KEDAH


BAJU KURUNG KEDAH

Baju Kedah dipercayai berasal dari Selatan Thai. Baju Kedah selalunya diperbuat daripada kain cita (kapas) yang berbunga kecil ataupun kain kasa nipis yang jarang dan keras. Baju Kedah boleh disifatkan sebagai pakaian sehari-hari atau pakaian basahan. Ia dibuat singkat sampai ke paras punggung dan biasanya dipakai dengan kain batik atau pun pelikat tanpa banyak hiasan.

Baju Kedah dipercayai berasal dari Selatan Thai di mana wanita kini memakai baju yang berleher potongan bujur sireh. Ianya dikenakan bersahaja ketika bekerja di rumah sebagai pakaian harian.

BAJU TRADISIONAL ORANG PAHANG

BUSANA PAHANG



Riau dan pahang dua buah negeri yang berjauhan namun Bajau Riau Pahang menyingkap pertalian sejarah antara kedua negeri tersebut. Perhubungan politik dan sosio budaya yang terjalin sewaktu zaman kerajaan Melayu Melaka terserlah dengan terciptanya potongan pakaian Baju Riau Pahang yang dikenali juga sebagai Baju belah atau Baju Kebaya Turki. Potongan baju ini begitu unik dan istimewa. Berbeza dengan pesak Baju Kurung, kedua-dua bahagian tepi baju berpesak kembang yang disambungkan kekek gantung. Baju berkolar tinggi ini amat menarik sekali dipakai dengan tujuh atau sembilan butir butang.

selain Baju Riau Pahang, Baju Pendek Teluk Kuantan dan Baju Kebaya Pendek juga digemari kaum wanita. Kaum lelaki pula segak berbaju Melayu Teluk Belanga dan Baju Melayu Cekak Musang.Ada juga gemar menggayakan jaket pendek dipanggil Baju Cina atau Baju Pesak Sebelah. Kain Sutera tenun corak jalur sering digunakan dalam busana tradisional Pahang ini.

Busana Pahang1
Lelaki menggayakan Baju Sikap dan Baju Melayu Cekak Musang. Wanita berbaju Riau Pahang, berkain sutera tenun jalur dan selendang renda.

Busana Pahang2
Lelaki berbaju Melayu Cekak Musang, bersamping songket sutera tenun. Wanita berbaju Kurung Cekak Musang ungu terung dan kain ombak mengalun, berhias selendang. Dipakai dengan kain sarung sutera Thai corak jalur lintang dan kaki bunga penuh.

Busana Pahang3
Baju Riau Pahang songket penuh ungu berkain songket selisih diperindah dengan dokoh dan selendang.

Busana Pahang4
Baju Riau Pahang juga digelar Baju Turki. Dibuat dari kain tenun corak jalur berdiri dan kain sarung melintang. Bahagian depan dipasangkan 7 butir butang melambangkan pakaian bangsawan.

Busana Pahang5
Baju Melayu Cekak Musang tenunan Terangganu, corak jalur berdiri benang emas. Potongan klasik pakaian diraja pada masa dahulu.

Busana Pahang6
Kebaya Labuh sutera tenun jalur rebung, dipadankan dengan fabrik sutera tenun tapak catur dan kepala jalur berdiri.

Busana Pahang7
Baju Kebaya Pendek potongan klasik dibuat dari kain tenun corak pucuk rebung berdiri. Kain sarung tenunan tapak catur.

Busana Pahang8
Baju Teluk Kuantan rekaan moden. Leher cekak musang dan badan potongan kebaya moden. Dipadankan dengan kain batik sarung.

Busana Pahang9
Baju Teluk Kuantan, rekaan moden. Lengan lebar dan leher potongan Cekak Musang. dipadankan dengan kain batik sarung atau kain moden berbelah depan.

Busana Pahang10
Baju Kurung Teluk belanga digayakan dengan kain corak tapak catur ombak mengalun dan selendang organza.

Busana Pahang11
Baju Kebaya Labuh corak bunga penuh. Potongan klasik dipadankan dengan kain sarung songket.

< Busana Pahang12
Wanita menggayakan Baju Kurung Teluk Belanga, kain sarung ombak mengalun dan kain kelubung dari tenunan corak tapak catur.

Busana Pahang13
Baju Melayu Teluk Belanga corak jalur berdiri, corak yang lazimnya dipakai oleh keluarga diraja negeri Pahang.

BAJU TRADISIONAL ORANG SABAH


BAJU BATAWI/KUPUT


Baju ini merupakan salah satu pakaian wanita bagi Suku kaum Suluk yang sangat Unik, cantik dan menarik. Baju ini lajimnya berlengan panjang dan jika berlengan pendek ¾ dinamakan Baju Batawi Pukul Tandu.Biasanya baju ini ketat dan sempit, dihiasi dengan butang Tambuko yang diperbuat daripada Emas ataupun Perak dibahagian bahu, dada, pinggang dan pergelangan tangan, baju ini biasanya mempunyai 300 hingga 2000 Butang Tambuko yang di saluti Emas dan Perak .Baju Batawi dipadankan dengan seluar Sawwal Kantiyu, sawwal ialah seluar yang berbentuk besar dan longgar .Baju ini dipadankan dengan Kain Tenun Habul Tiyahian di pakai dengan cara Selendang ataupun dikepit dengan sebelah tangan. Baju ini adalah menjadi kebanggaan yang bernilai dan berharga bagi setiap suku kaum suluk kerana memiliki peninggalan warisan nenek moyang.


BAJU TRADISIONAL ORANG SABAH


Baju Lapi/kuput Berino


Badju Lapi adalah pakaian Suku kaum Suluk bagi kaum lelaki. Lapi mendapat namanya daripada hujung belahan tengah baju ini yang terkeluar baju ini dihiasi dengan Butang Tambuko yang diperbuat daripada Emas dan Perak di bahagian bahu, dada, dan lengan baju. Baju Lapi ini dipadankan dengan seluar Sawwal Kantiyu (seluar yang berbentuk longgar ) ataupun Berino ( seluar ketat ) dibahagian betis seluar Berino mempunyai belahan dan dihiasi dengan Butang Emas atau perak. Jika memakai Seluar Berino ia mestilah dipadankan dengan Tali Pinggang Kandit /kambut iaitu dililit di bahagian pinggang lelaki ataupun Pis Siabit yang di sangkut di atas bahu sebelah kiri/kanan oleh si pemakai. Pis Siabit ini juga boleh dipakai sebagai tengkolok/setanjak dililit di atas kepala. Pis Siabit diperbuat daripada Kain Tenun Hablun.

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM INDIA

Busana Kaum India

Kehadiran kaum India ke Tanah Melayu menyaksikan bermulanya gaya pemakaian dari benua India khususnya di kalangan Hindu-Ceylonese-Tamil juga keturunan Punjabi-Singhs. Pakaian kaum India lebih dikenali dengan warna-warna terang dan kaya dengan tenunan dan sulaman benang emas, perak, labuci juga batu-batu permata.Di hari perkahwinan lelaki India memakai dhoti dilengkapi dengan turban manakala wanitanya memakai sari yang digandingkan dengan choli ketat. Wanita remaja mengenakan skirt labuh 'Ihenga' juga dipadankan dengan baju pendek atau choli. Lelaki Punjabi menggayakan dhoti atau kurta dan wanitanya mengenakan salwar-khameez-dupatta iaitu seluar dengan baju labuh yang diperindah dengan sulaman benang emas dan labuci.

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM CINA

CHEONGSAM


Mandarin gown atau cheongsam adalah salah satu model pakaian untuk perempuan di China yang disebut qípáo. Bentuk yang kita kenal sekarang ini adalah sebagai sebuah pakaian body-hugging dengan belahan sebatas pinggul atau pinggang, yang sering terlihat dipakai kaum perempuan China dalam event fashion atau acara-acara formal, terutama dipakai kaum perempuan dari kalangan elit.

Pada awalnya,…… Ketika Dinasti Qing (Manchu) menjajah daratan China, muncul suatu strata sosial yang disebut sebagai Banner People, mereka mengenakan pakaian perempuan Manchu yang dikenal sebagai qípáo. Pada tahun 1644 pemerintah Qing menerbitkan undang-undang bahwa semua perempuan Han dipaksa mengenakan qipao bukan pakaian tradisional Han, dibawah ancaman hukuman mati. Aslinya qipao besar dan longgar, menutup sebagian besar tubuh wanita mulai dari leher hingga keujung tangan dan ujung kaki.

Sehubungan dengan perjalanan masa, pakaian ini mengalami perobahan dengan jahitan yang lebih ketat. Versi modern, yang sekarang dikenal dan populer di Cina diakui sebagai “standar” qipao, pertama sekali dikembangkan di Shanghai sekitar 1900-an setelah keruntuhan Dinasti Qing. Pada saat itu, pemerintah membebaskan warganya mengenakan pakaian yang mereka sukai.

Setelah Perang Dunia I, pelacur dari luar negeri yang mangkal di Shanghai, mengenakan pakaian yang lebih mengekspos tubuh, hal ini memberikan efek tekanan pada pelacur lokal yang masih mengenakan qipao asli. Dengan demikian, rumah bordil di Shanghai mendisain ulang qipao menjadi lebih menonjolkan bagian tubuh dengan sisi yang terbelah untuk pelacur mereka. Namun, hanya pelacur kelas tinggi yang memakai qipao yang telah didesain ulang pada saat itu. Tipis sesuai dengan bentuk tubuh dengan potongan long-dress, berbanding tajam dengan qipao tradisional. Pada saat itu, pakaian ini untuk pertama sekali ini dikenal sebagai zansae dan selanjutnya lebih terkenal dengan nama (bahasa Inggeris) “cheongsam”.

Sebagaimana mode Barat yang terus berubah, dasar desain cheongsam turut berubah, para penjahit di Shanghai selalu berusaha memadukan gaya modern dengan tradisi Cina. Pakaian ini dipopulerkan didunia Barat dengan penampilan aktris Nancy Kwan dalam film The World of Suzie Wong di tahun 1960-an, dimana ia mengenakan cheongsam. Tetapi, kadang-kadang pakaian ini digunakan sebagai kostum Halloween di beberapa negara barat.

cq043-cq059-cq037-cq007


Kini,… Cheongsam telah digantikan dengan pakaian yang lebih simpel seperti jaket penghangat, jeans, pakaian resmi dan rok. Pakaian ini kadang-kadang dikenakan oleh para politisi dan artis film di Taiwan dan Hong Kong. Juga terlihat dalam berbagai kontes kecantikan, sebagai seragam, sebagai formal-wear, dan sebagai pakaian pesta. Baru-baru ini terdapat pameran Shanghainese cheongsam di Shanghai ataupun tempat-tempat lain di China Daratan, kebanyakan berfungsi sebagai gaya pakaian pesta.

BAJU MELAYU LELAKI & BAJU KURUNG WANITA



Baju kurung dianggap popular dan dipakai oleh lelaki dan perempuan. Perbezaannya terletak pada bahagian kocek iaitu lelaki mempunyai tiga kocek manakala perempuan mempunyai satu kocek serta perbezaan daripada segi pemakaian. Pengertian kurung secara tidak langsung telah membawa erti ‘mengurung atau menutup’ anggota tubuh. Cara ini menepati konsep pakaian cara Melayu setelah kedatangan Islam, sehinggalah istilah ‘kurung’ diertikan sebagai baju yang selesa dan longgar, labuh atau panjang. Sehingga disebut dengan berbagai-bagai nama misalnya ‘baju kurung bernyawa’ walaupun mempunyai pelbagai nama namun baju kurung telah menampilkan ciri-ciri tersendiri.