Thursday, October 15, 2009

BAJU TRADISIONAL ORANG PAHANG

BUSANA PAHANG



Riau dan pahang dua buah negeri yang berjauhan namun Bajau Riau Pahang menyingkap pertalian sejarah antara kedua negeri tersebut. Perhubungan politik dan sosio budaya yang terjalin sewaktu zaman kerajaan Melayu Melaka terserlah dengan terciptanya potongan pakaian Baju Riau Pahang yang dikenali juga sebagai Baju belah atau Baju Kebaya Turki. Potongan baju ini begitu unik dan istimewa. Berbeza dengan pesak Baju Kurung, kedua-dua bahagian tepi baju berpesak kembang yang disambungkan kekek gantung. Baju berkolar tinggi ini amat menarik sekali dipakai dengan tujuh atau sembilan butir butang.

selain Baju Riau Pahang, Baju Pendek Teluk Kuantan dan Baju Kebaya Pendek juga digemari kaum wanita. Kaum lelaki pula segak berbaju Melayu Teluk Belanga dan Baju Melayu Cekak Musang.Ada juga gemar menggayakan jaket pendek dipanggil Baju Cina atau Baju Pesak Sebelah. Kain Sutera tenun corak jalur sering digunakan dalam busana tradisional Pahang ini.

Busana Pahang1
Lelaki menggayakan Baju Sikap dan Baju Melayu Cekak Musang. Wanita berbaju Riau Pahang, berkain sutera tenun jalur dan selendang renda.

Busana Pahang2
Lelaki berbaju Melayu Cekak Musang, bersamping songket sutera tenun. Wanita berbaju Kurung Cekak Musang ungu terung dan kain ombak mengalun, berhias selendang. Dipakai dengan kain sarung sutera Thai corak jalur lintang dan kaki bunga penuh.

Busana Pahang3
Baju Riau Pahang songket penuh ungu berkain songket selisih diperindah dengan dokoh dan selendang.

Busana Pahang4
Baju Riau Pahang juga digelar Baju Turki. Dibuat dari kain tenun corak jalur berdiri dan kain sarung melintang. Bahagian depan dipasangkan 7 butir butang melambangkan pakaian bangsawan.

Busana Pahang5
Baju Melayu Cekak Musang tenunan Terangganu, corak jalur berdiri benang emas. Potongan klasik pakaian diraja pada masa dahulu.

Busana Pahang6
Kebaya Labuh sutera tenun jalur rebung, dipadankan dengan fabrik sutera tenun tapak catur dan kepala jalur berdiri.

Busana Pahang7
Baju Kebaya Pendek potongan klasik dibuat dari kain tenun corak pucuk rebung berdiri. Kain sarung tenunan tapak catur.

Busana Pahang8
Baju Teluk Kuantan rekaan moden. Leher cekak musang dan badan potongan kebaya moden. Dipadankan dengan kain batik sarung.

Busana Pahang9
Baju Teluk Kuantan, rekaan moden. Lengan lebar dan leher potongan Cekak Musang. dipadankan dengan kain batik sarung atau kain moden berbelah depan.

Busana Pahang10
Baju Kurung Teluk belanga digayakan dengan kain corak tapak catur ombak mengalun dan selendang organza.

Busana Pahang11
Baju Kebaya Labuh corak bunga penuh. Potongan klasik dipadankan dengan kain sarung songket.

< Busana Pahang12
Wanita menggayakan Baju Kurung Teluk Belanga, kain sarung ombak mengalun dan kain kelubung dari tenunan corak tapak catur.

Busana Pahang13
Baju Melayu Teluk Belanga corak jalur berdiri, corak yang lazimnya dipakai oleh keluarga diraja negeri Pahang.

0 comments:

Post a Comment